Sunday, February 7, 2010

Tiket-tiket tasbih

Semalam aku dengar satu cerita, kisahnye datang jauh dari negara seberang... *******

Hari ini, Dr Ary melalui tol yang sama untuk ke tempat kerja. semalam dan hari-hari yang lepas juga begitu, dia melalui tol yang sama, bertemu dengan penjaga tol juga sama. Sepanjang dia melalui tol itu selama ini, dia tak pernah lihat penjaga tol itu bermasam muka, senyum saje memanjang. "eh, tak penatkah?" monolog sendiri.

Hari esoknya, Dr Ary nekad ingin bertanya kepada penjaga tol itu, kenapa wajah sentiasa senyum tak pernah duka? "Pak, pak.. bapak ini selalu senyum sahaja, tentu gaji bapak lumayan ya." Penjaga tol tu menjawab, "Tak ade la, bukan. gaji saya tidaklah tinggi, tapi cukup untuk seharian saya. sama saje seperti penjaga-penjaga tol yang lain. "

Dr Ary tanya lagi, " Tapi kenapa bapak sentiasa senyum saja, ape rahsianye? " Tiada apa2, tiada rahsia.." Secara logik akal fikiran kita yang terbatas ini, pasti akan ade terdetik dalam hati kekadang kita rasa bosan dengan hidup, alih-alih benda yang sama juga kita buat. bangun pagi mandi makan belajar balik bilik belajar makan tidur dan esok bangun semula. Itu yang kita fikir. Mungkin anda tidak, tapi saya ya.

Dr Ary bertanya lagi , "Bapak ini pastinya sudah banyak kali bertukar kerja kan?" , Penjaga tol menjawab," sepanjang 20 tahun bekerja, mula-mula saya bekerja dia tol yang menghala ke arah utara, dan sekarang ini di arah yang selatan pula."

Dr Ary masih lagi hairan. Penjaga tol tu kembali berkata," Sebenarnya pak, saya ini hamba Allah yang sangat kerdil, tidak punya apa-apa. Setiap kali saya memberikan tiket kepada pemandu-pemandu yang lalu di tol ini, saya mendoakan mereka agar selamat sampai ke tempat tujuan mereka. Yang doktor mahu cepat berjumpa pesakitnya, yang guru mahu cepat sampai ke sekolah ingin mendidik pelajarnya. Saya tahu saya tidak mampu memberikan apa-apa yang lebih besar untuk masyarakat, maka tiket-tiket ini menjadi tasbih-tasbih saya kepada Allah. Biarlah tiket-tiket ini menjadi saksi cinta saya kepada Allah SWT. Ini sahaja yang mampu saya lakukan."

Sebak.. bagaimana dia belajar bersyukur menerima apa yang ada. Mungkin kita boleh cakap, "dia mesti boleh buat sesuatu yang lebih baik dari seorang penjaga tol, mane dia tahu dia tak mampu? dia belum cuba." Oh ya, mungkin peluang perkerjaan terhad, jadi apa yang dapat ketika itu perlu kita manfaatkan sebaiknya.

Ikhlasnye dia. Agaknya bila ya, saat manakah kita akan buat sesuatu tak kira ape pun hanyalah kerana Allah? Semata-mata kerana Allah. Bila? Ya, betul. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam hari yang gelap. Hitam. Gelap. Tak kan dapat dilihat oleh mata manusia. tapi pada pandangan Allah, ya.

Aku juga ingin merasa nikmatnya iman. Ketika ini ,ya, aku mampu tulis benda-benda begini, semuanya lahir dari hati. tapi esok, lusa? malam ini juga boleh hilang rasa ini..

Malam semalam, aku rasa bertuah sebab terpilih untuk berada kat sana. Alhamdulillah :)

Kadang-kadang kan, bila aku tulis benda-benda macam ni, aku takut rasa ujub, riak. Tapi, ade ustaz aku cakap, orang yang tak jadi buat sesuatu kerana bimbang jadi riak adalah sebenarnya orang yang riak. Wallahu'alam.

1 comments:

Ihsan Yusoff said...

i agree about the last paragraph. For one thing, i have experienced it and i perceive that. Thanks to the Lord of the Alamin.

1 comment:

Blog Template by Delicious Design Studio