Assalamualaikum. :)
bukan nak cakap apa, cuma nak bagitau, kita ade cuti tiga minggu. ulang balik, tiga minggu. ehemm *suka
syukur Ya Allah. dua hari yang singkat, tapi banyak manfaat. mungkin tak selengkap A-Z tapi kalau pandai cari mana-mana benda yang boleh di tapaukan manfaat dia, tak mustahil boleh dapat sampai A-Z, lengkap! rasa macam.. kembali dipandu oleh Nya. =)
mungkin sepanjang dua hari ni, dah cukup banyak berdialog dengan diri sendiri kot? jadi sekarang, nak berdialog dengan blog sendiri plak. boleh?
kejap, nak share sket perasaan ni, betapa bestnya masuk hutan! hohoh. first time tu masuk hutan, jungle trekking, dan slot obstacle. mencabar yang amat, tanah yang licin, merentas sungai, mane lagi nak dapat kalau tak dekat hutan? haaa. cuak cuak jugak tapi pengalaman macam ni mane mampu dijual beli (memang takde orang jual pengalaman pun, bak kata ustaz)
memang tak patut dilepaskan. seronok amat !
ohh kejap. nak bawak satu perkara. kalau difikir-fikir balik, betul lah, hidup ni bukannya macam kacang, senang. hidup ni bukan semata-mata tentang diri sendiri. tapi, Allah suruh kita hidup bersama-sama hambaNya yang lain, maksudnya, dengan manusia sekeliling kita. kita tak boleh nak sendiri-sendiri je dalam semua benda. kena bersama-sama. Nak pikul tanggungjawab hidup ni pulak, pun tak senang. sebab kita ni khalifah, darjat dia lebih tinggi daripada ciptaan Allah yang lain. tak sama manusia dengan tumbuhan, kan? tiba-tiba teringat satu hadis ni,
Hadith dari rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Dzar Al Ghaffari..
"Saya telah diwasiatkan oleh kekasih saya 4 perkara yang saya kira itu adalah merupakan perkara yang saya cukup ingati lebih daripada dunia dan segala kandungannya. Yang pertama kata Rasulullah S.A.W. , teguhkanlah bahteramu kerana lautan yang kamu harungi itu adalah terlalu dalam. Kemudian Rasulullah berkata lagi, banyakkanlah bekalan kerana perjalananmu cukup jauh. Dan yang ketiga, ringankan belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam. Dan yang terakhir katanya, ikhlaskan segala amal perbuatanmu kerana yang menilai, yang memeriksa itu amat mengetahui amat melihat apa yg kita lakukan."
tak senang kan? agak-agak kalau nak handle tanggungjawab ni, tak mampu eden sorang-sorang. macam Mariah Carey cakap, "It's a long road, if you face the world alone."
Kan?
tapi kalau buat bersama-sama tu, insyaAllah yang berat tu boleh dipikul. yang ringan tu boleh je nak jinjing.
ohh ye Imam Muda Fakhrul tadi cakap, kat dunia ni, kita nak kumpul banyak-banyakkkkkk pahala, untuk kita shopping dekat akhirat nanti.
huiyyo, perancangan jangka panjang ni la yang bagus. bermatlamat akhirat.
tapi, setiap benda kita buat sekarang ni, matlamatnya, sentiasa akhirat ke?
tepuk hati, tanya iman.
0 comments:
Post a Comment