Tiba-tiba kenangan lama datang balik. Sedih. Hiba. Gembira. Rindu. Pun ada.
Kenapa sesuatu benda tu mesti jadi kenangan? Kenapa tak mampu kekalkan ia sebagai 'the present one' ? Mungkin sebab aku tak betul-betul appreciate apa yang aku pernah ada, sampaikan sekarang dah bukan dalam genggaman, sampaikan kalau boleh nak masa itu berulang semula.
Tahu kan? Dulu keadaan sangat best. Aku, kau, dia. Seronok. Kita yang selalu buat benda sama-sama. Kalau sekarang dah tak macam tu lagi, kiranya semua dah jadi kenangan?
Sedih.
Rindu.
Serba serbi tak kena.
Rasa bersalah.
*tuding jari kat diri sendiri*
Terima kasih Allah Kau jentik hati ini di waktu ini. Terima kasih kerana sedarkan aku yang rasanya dah lama selesa. Terima kasih Tuhan kerana goncangkan hati ini yang dah lama kaku, terima kasih kerana tunjukkan aku yang mana intan yang mana permata.
Terima kasih kerana Kau hadirkan rasa kehilangan ini dalam hati, betullah kata pepatah, kita akan tahu betapa pentingnya seseorang tu hanya bila dia dah jauh dari kita.
Aku ni manusianya macam mana? :'(
Maaf.
0 comments:
Post a Comment